PARIT BUNTAR: Selepas projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan, Kerajaan Perak mendaftarkan projek lebuhraya baharu menghubungkan Tanjung Malim ke Lumut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan perkara itu berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini.
Menurutnya, cadangan itu adalah rancangan jangka panjang apabila Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) beroperasi untuk memudahkan pengangkutan logistik ke Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).
"Kita ada 10 projek yang kita senaraikan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Perak baru-baru ini.
“Pertama kita senaraikan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Kerian dan kedua ialah projek lebuh raya Tanjung Malim-Lumut.
"Jadi produk-produk yang dihasilkan di AHTV akan dihantar ke LUMiC untuk eksport dan kita akan perkasakan pelabuhan Lumut itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera di LSS4 Tali Air di sini, hari ini.
Menurut Saarani, pelaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dan dijangka bermula bersama-sama pembangunan AHTV di Tanjung Malim.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang perincian melibatkan jajaran dan jarak lebuh raya berkenaan.
Sementara itu, Saarani berkata, perasmian ladang solar milik syarikat Asiabina Solar itu merupakan detik penting dalam menyokong penggunaan tenaga bersih dan lestari di Perak.
Menurutnya, ia adalah langkah awal menjadikan daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
"Ladang solar berkapasiti 50MW ini mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun, mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun.
"Ia selaras dengan Agenda Teknologi Hijau dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030," ujarnya.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 peserta yang merupakan penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian.
Menurutnya, kesemua peserta akan ditempatkan di pangsapuri yang dibina secara usaha sama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Bumi Johan Sdn Bhd yang juga anak syarikat Asiabina.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 16 2024
Saarani berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini. - Gambar fail
Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM
Perdana Menteri berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.
AWANI 7:45 [27/05/2024] – Banduan bukan peenghalang | Tiada kaitan dengan Menteri Belia Dan Sukan | Peguam dan SPRM masih berbincang | HAWANA 2024
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua sahabat dalam penjara, cemerlang keputusan SPM
- Bukan kesalahan suami Hannah Yeoh terima projek Selangor
- SPRM belum terima notis pengisytiharan harta anak bekas PM
- PM umum peruntukan dua juta ringgit untuk pengamal media
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua sahabat dalam penjara, cemerlang keputusan SPM
- Bukan kesalahan suami Hannah Yeoh terima projek Selangor
- SPRM belum terima notis pengisytiharan harta anak bekas PM
- PM umum peruntukan dua juta ringgit untuk pengamal media
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Tiada kaitan dengan Hannah Yeoh - SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
SPR adakan mesyuarat khas PRK pada 6 Jun
SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinangberhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Tujuh kenderaan dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
Dua beradik jemaah muda, abang syukur cemerlang SPM
Jemaah haji yang juga calon SPM 2023, Muhammad Ammar Che Noor Azam, bersyukur doanya untuk cemerlang sehingga mendapat semua A, dalam peperiksaan dimakbulkan Allah.
Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut